Saab Terima Surat Anugerah Bagi Sistem Peperangan Elektronik Untuk Malaysia

aab Receives a Letter of Award for Electronic Warfare Systems for Malaysia

Syarikat Pertahanan dan Keselamatan Saab telah menerima Surat Anugerah daripada Tentera Udara Diraja Malaysia bagi pembekalan sistem ESP (Muatan Pengawasan Elektronik).

Sistem ini akan digunakan untuk latihan di Pusat Sokongan Peperangan Elektronik (EWSC) di Malaysia. Anugerah ini terus mengukuhkan hubungan antara Saab dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta membuktikan komitmen jangka panjang Saab kepada Malaysia. 

"Sistem ini akan membolehkan pelanggan untuk terus meningkatkan kecekapan Peperangan Elektroniknya dan mencapai keupayaan EW tempatan", kata Thomas Linden, Ketua Saab di Malaysia.