Saab dan DRB-HICOM Menandatangani Perjanjian Kerjasama Perindustrian untuk Gripen

Saab and DRB-HICOM Sign Industrial Co-operation Agreement for Gripen

Saab telah menandatangani satu perjanjian kerjasama perindustrian yang baharu dengan syarikat Malaysia, Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech), sebuah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Tujuannya adalah untuk memperdalam dan memperluas hubungan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua syarikat dengan menambah sistem Gripen kepada perancangan bersama mereka.

Perjanjian baharu antara Saab dan Deftech menggariskan kerjasama perindustrian yang dirancang untuk meneroka bidang pemindahan teknologi dan membawa kepakaran lanjut ke Malaysia.

Pada tahun 2011, kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerjasamagabungan industri bagi bekerjasama pembangunan sistem amaran awal dankawalan udara. Kerjasama ini diperluaskan lagi pada Mac 2013 apabilamemorandum persefahaman (MoU) yang meliputi pelbagai bidang teknologiditandatangani. Perjanjian pada hari ini membawa kerjasama antara Saab dan Deftech ke tahap yang baru.

Kerjasama perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman, kekuatan dankepakaran yang luas antara kedua-dua syarikat. Selain menyokong program pertahanan kerajaan Malaysia dengan menyediakan penyelesaian bagi meningkatkan keupayaan operasi di negara ini, perjanjian baharu ini juga akan mewujudkan peluang perniagaan bagi kedua-dua pihak.

Perjanjian itu meliputi bidang-bidang seperti aktiviti penyelenggaraan dan sokongan berkaitan Gripen, reka bentuk dan pembuatan sistem komposit canggih dan pemindahan teknologi yang berkaitan.

"Bagi Saab, perjanjian dengan Deftech adalah satu langkah yang pentinguntuk mengembangkan lagi perniagaan di Malaysia dan negara-negara disekitarnya", kata Thomas Linden, Ketua Saab Malaysia.