Saab Malaysia Menyertai Peperangan Elektronik Asia 2014 AOC

Saab meningkatkan usaha pemindahan pengetahuan dan teknologi ke rantau Asia Pasifik melalui ceramah pendidikan. Untuk melanjutkan usaha tersebut, Geoff van Hees, Pengarah Pemasaran dan Jualan Saab Malaysia melakukan satu pembentangan mengenai merit Sistem Amaran Peluru Berpandu Inframerah (MAWS) berbanding dengan Sistem Amaran Peluru Berpandu Ultraviolet pada majlis Peperangan Elektronik Asia 2014 AOC, yang diadakan di Kuala Lumpur pada 10-11 Mac 2014.

Dalam pembentangannya, van Hees menyentuh mengenai perbezaan antara keupayaan antara MAWS berasaskan Inframerah dan MAWS berasaskan Ultraviolet dengan mengupas merit setiap sistem dan mengambil kira persekitaran operasi sistem serta ancaman yang akan ditempuhi oleh sistem.

Majlis yang bertemakan "Perkembangan Peperangan Elektronik di Wilayah ASEAN dan Pasifik" pada tahun ini, menyaksikan pemimpin kanan, operator tentera dan pembuat keputusan dari ASEAN dan Pasifik yang bertanggungjawab untuk operasi Peperangan Elektronik, spesifikasi dan perolehannya hadir bersama-sama untuk membincangkan perkembangan terkini dalam Peperangan Elektronik dan keupayaan elektromagnet yang berkaitan.