Saab Dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Berinteraksi Untuk Pertukaran Pengetahuan

Syarikat pertahanan dan keselamatan; Saab telah membentangkan 'eMaintenance melalui integrasi maklumat' dalam satu seminar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai sebahagian daripada program pertukaran pengetahuan dengan Profesor dan pelajar universiti berkenaan.

Seminar sehari ini memberi tumpuan kepada cara yang berupaya mengoptimumkan operasi penyelenggaraan yang berkesan, mengurangkan perhentian yang tidak dirancang dan kos keseluruhan yang lebih rendah melalui pembuatan keputusan yang dinamik di seluruh kitaran hayat produk/sistem melalui eMaintenance. Seminar ini telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk mahasiswa tahun ketiga dan keempat.

eMaintenance sedang digunakan dalam pelbagai bidang industri, misalnya pertahanan, pengangkutan, tenaga dan pembuatan. Kerjasama penyelidikan global secara berterusan juga diadakan antara industri dan ahli akademik untuk berkongsi pengetahuan dan membangunkan secara lanjut di dalam bidang ini.

Seminar ini telah dikelola oleh Laurence Earl, Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan dalam Kitaran Hayat Logistik, sebuah Unit Perniagaan di bawah bidang Sokongan & Perkhidmatan. Seminar ini merangkumi kaedah untuk pembangunan teknologi dan piawaian untuk membolehkan peningkatan integrasi maklumat di seluruh platform bebas, dari reka bentuk dan kejuruteraan sehingga penyelenggaraan dan sokongan.

"Adalah sangat penting untuk Saab bekerjasama dengan universiti, bukan sahaja di Sweden tetapi secara global di seluruh dunia. Melalui projek-projek penyelidikan bersama, kami akan dapat berkongsi pengetahuan. Paling penting, kami akan dapat mempelajari dan membangunkan penyelesaian baharu bersama-sama dengan jurutera dan penyelidik generasi akan datang. Saya pasti kita akan membina satu bidang kepentingan bersama untuk kerjasama masa depan antara Malaysia dan Saab dalam kitaran hayat sokongan logistik dan bersepadu", kata Laurence Earl.

Semasa seminar tersebut, Laurence Earl berkata bahawa cabaran dalam penyelesaian sokongan semasa dan masa depan adalah kaedah untuk mengendalikan:

  • produk yang kompleks dan sistem dengan kitaran hayat yang panjang;
  • konfigurasi kompleks yang sentiasa berubah;
  • keperluan maklumat pihak berkepentingan yang berbagai-bagai merentasi perusahaan, dan;
  • perubahan teknologi (termasuk kemunculan teknologi yang berpotensi untuk menimbulkan gangguan)

 

Laurence Earl menekankan bahawa salah satu kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan melihat maklumat sebagai aset strategik. Amalan eMaintenance membantu organisasi dalam menyokong keputusan proaktif seterusnya membolehkan mereka untuk lebih bersedia terhadap cabaran-cabaran masa depan. Akses kepada maklumat yang tepat pada ketepatan waktu boleh membantu di dalam proses membuat keputusan secara dinamik di seluruh kitaran hayat produk/sistem.

Saab juga telah bekerjasama dengan Universiti Luleå di Sweden sejak sedekad yang lalu dalam bidang eMaintenance untuk membangunkan 'sistem dalam sistem' bagi memaksimumkan utiliti maklumat kitaran hayat dengan matlamat untuk meminimumkan kos dan memastikan penyampaian maklumat secara tepat kepada pengguna pada masa yang tepat.

Malaysia dikenal pasti sebagai rakan strategik penting bagi Saab untuk kerjasama jangka panjang di dalam bidang inovasi teknologi dan pertukaran pengetahuan yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Ini merupakan satu komitmen jangka panjang berdasarkan penilaian Saab terhadap Malaysia serta keperluan pertahanan dan keselamatan.

Dalam hubungan ini, Saab menawarkan penyelesaian yang efisien dari segi kos dan ianya telah terbukti. Saab juga mendapat sokongan kerajaan Sweden untuk meneroka perkongsian walaupun proses ini akan melibatkan pemindahan teknologi kritikal dan program pertukaran pengetahuan yang rumit.