Saab Komited Untuk Memenuhi Keperluan Pertahanan Dan Keselamatan Malaysia

Dan Enstedt: Saab Is Committed To Meet Malaysia’s Defence And Security Needs

Bagaimanakah Malaysia melihat Sweden sebagai rakan kongsi dalam pertahanan?

Walaupun Sweden memang diketahui dan mempunyai hubungan baik dengan Malaysia, kami perlu melakukan lebih banyak usaha untuk berkongsi pengalaman, kepakaran, teknologi dan model perkongsian terbaik kami dalam sektor pertahanan. 

Kami percaya bahawa terdapat banyak kepentingan dan peluang yang dikongsi untuk dicapai bersama-sama, terutamanya dalam bidang lain hubungan Malaysia-Sweden. Berdasarkan makluman umum, lebih daripada 120 syarikat Sweden beroperasi di Malaysia. Ini adalah satu angka yang besar. Terdapat hubungan yang kuat dalam perdagangan dua hala merentasi sektor - dari telekom kepada peralatan dan kereta kepada barangan modal dan elektronik, tekstil, minyak sawit dan getah.

Berdasarkan konteks ini, ada sebab untuk merasa yakin bahawa cadangan pertahanan keseluruhan Saab tersebut akan menarik minat Malaysia di peringkat yang lebih luas. Pendekatan Saab kepada perkongsian, kolaborasi dan kerjasama adalah seiring dengan tumpuan Malaysia terhadap pembinaan keupayaan domestik melalui organisasi tempatan dan kami mempunyai rekod prestasi yang ketara mengenai kejayaan usaha niaga sedemikian.

Seperti yang diketahui, Sweden dan Saab mempunyai sejarah yang panjang dalam membekalkan sistem pertahanan berprestasi tinggi dengan kos yang efisien kepada Angkatan Tentera Malaysia. Sistem ini termasuk sistem radar tentera laut dan darat, sistem perlindungan udara untuk pesawat pejuang, sistem perintah dan kawal tentera laut dan senjata sokongan tentera darat yang termasuk senjata pembinasa kereta kebal. Portfolio produk Saab termasuk pelbagai sistem yang akan memastikan penyelesaian yang terbukti dan berteknologi tinggi dengan nilai terbaik untuk perancangan pembangunan tahap selanjutnya bagi Angkatan Tentera Malaysia.

Apakah ciri-ciri hubungan dengan DRB-HICOM?

Kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan DRB-HICOM pada tahun lepas. Tujuan MoU tersebut adalah untuk memperluas dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua syarikat yang bermula pada tahun 2011.

Perjanjian antara Saab dan DRB-HICOM antara lain menggariskan kerjasama perindustrian yang akan melihat kepada bidang pemindahan teknologi dan pembinaan kepakaran di Malaysia. Perjanjian dengan DRB-HICOM tersebut adalah satu langkah yang penting untuk mempertingkatkan perniagaan kami di Malaysia dan negara jiran yang lain.

Sebelum itu, pada tahun 2011, DRB-HICOM dan Saab menandatangani perjanjian kerjasama perindustrian untuk kolaborasi dalam Sistem Amaran Awal dan Kawalan Udara (AEW & C). MoU yang ditandatangani pada tahun 2013 merupakan satu usaha tambahan untuk memperluas dan mengukuhkan hubungan sedia ada antara kedua-dua syarikat.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneroka pelbagai bidang kerjasama yang termasuk reka bentuk dan pembuatan sistem dan komponen komposit canggih untuk aplikasi aeroangkasa ketenteraan dan komersial, serta teknologi pembaikan komposit. Sebagai tambahan, perjanjian tersebut juga meliputi sistem dan teknologi UAV, integrasi sistem peperangan elektronik, avionik dan sistem udara lain.

Perkongsian itu adalah berdasarkan pengalaman, kekuatan dan kepakaran luas kedua-dua syarikat tersebut. Selain menyokong program pertahanan kerajaan dengan penyelesaian yang akan meningkatkan kebolehan operasi Malaysia, ia juga akan mewujudkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak.

Kerjasama Saab dan DRB-HICOM akan selanjutnya mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi semasa projek dijalankan dan berterusan sepanjang pelaksanaan keseluruhan projek.

Adakah anda meningkatkan kehadiran di Malaysia?

Ya, kami melihat Malaysia sebagai satu daripada pasaran utama kami. Malaysia dikenal pasti sebagai pasaran strategik penting bagi Saab. Oleh itu, Saab sedang menggiatkan usahanya dan membuka sebuah pejabat di KL pada tahun lepas. Ini adalah komitmen jangka panjang berdasarkan daripada penilaian Saab terhadap keperluan pertahanan dan keselamatan Malaysia. Saab mempunyai penyelesaian yang cekap dari segi kos dan terbukti untuk ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan organisasi keselamatan lain.

Selain itu, kami merancang untuk meningkatkan kehadiran kami secara nyata terutamanya melalui pembentukan usaha sama berdasarkan program perolehan dalam tempoh lima tahun akan datang. MoU dengan DRB-HICOM adalah langkah pertama untuk meningkatkan kehadiran dan penampilan kami sebagai sebuah syarikat yang mempunyai teras yang kukuh dan komited kepada Malaysia.

Bagaimanakah Saab melihat kemampuannya untuk memenuhi keperluan pertahanan Malaysia?

Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada perolehan peralatan pertahanan berteknologi canggih merentasi beberapa bidang keperluan. Sistem dan peralatan Saab menawarkan penyelesaian yang berdaya maju dan berkesan kepada kebanyakan program berkenaan.

Kerjasama Saab dengan Malaysia terbukti sejak dari dahulu dengan penjualan Carl Gustav pada tahun 1970-an. Seterusnya, sistem 9LV CMS telah dibeli oleh Tentera Laut Malaysia bersama 4 bot serangan pantas dan 2 kapal ronda pada tahun 1990-an. Tentera Darat Malaysia membeli radar G40 pada awal 1990-an, dan ARTHUR pada penghujung 1990-an manakala Tentera Laut Malaysia membeli radar pada tahun 1990-an. Baru-baru ini, Tentera Udara Malaysia telah berjaya mengguna pakai sistem EW yang dibekalkan oleh Saab.

Saab komited untuk membangun, membuat dan membekal penyelesaian inovatif, teknologi canggih dan praktikal untuk memenuhi keperluan Pertahanan dan keselamatan Malaysia.

Semua Bidang Perniagaan Saab adalah aktif di Malaysia yang menawarkan penyelesaian yang berteknologi tinggi dan produk seperti Gripen, Skeldar, Menara Jauh, C4I, EW (Sistem Perlindungan Sendiri), Pengurusan Tanda Jejak, Platform Penerbangan, Sistem Komunikasi, Sistem Pengawasan, Kawalan Kebakaran dan Sistem Radar.

Apakah program-program angkatan tentera Malaysia yang Saab minati?

Saab pada ketika ini memasarkan ERIEYE AEW & C kepada Tentera Udara Diraja Malaysia, beberapa sistem yang berbeza untuk kedua-dua Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Saab mengikuti dengan sepenuhnya perkembangan program MRCA dan apabila didapati bahawa proses rasmi telah dimulakan semula, penilaian keadaan akan dilakukan; Saab percaya bahawa Gripen akan mampu memenuhi dan juga melebihi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia.