Saab di Malaysia

Saab membawa produk, perkhidmatan dan penyelesaian terkemuka dunia ke Malaysia, dari  pertahanan ketenteraan  ke keselamatan awam. Malaysia dikenal pasti sebagai pasaran strategik yang penting bagi Saab. Oleh itu, Saab sedang menggiatkan usaha dan membuka pejabat di Kuala Lumpur pada tahun lepas. Ini adalah komitmen jangka panjang berdasarkan kepada penilaian Saab terhadap Malaysia dan keperluan pertahanan dan keselamatannya, di mana Saab berupaya untuk menawarkan penyelesaian dengan kos yang berpatutan dan terbukti.

Saab mempunyai sejarah yang panjang dalam membekalkan sistem pertahanan berprestasi tinggi dengan kos yang efisien kepada Angkatan Tentera Malaysia. Sistem ini termasuk sistem radar tentera laut dan darat, sistem perlindungan udara untuk pesawat pejuang, sistem perintah dan kawalan tentera laut dan senjata sokongan tentera darat yang termasuk senjata pembinasa kereta kebal. Portfolio produk Saab termasuk pelbagai sistem yang akan memastikan penyelesaian yang terbukti berteknologi tinggi dan dengan nilai terbaik untuk wang bagi pembangunan tahap selanjutnya yang dirancang oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Perkongsian Saab dengan Angkatan Tentera Malaysia merangkumi sistem Carl-Gustaf, 9LV, Giraffe Radar, Sea Giraffe Radar, Arthur radar dan EW. Saab berusaha untuk melakukan perkongsian secara kerjasama. Saab merupakan sebuah syarikat kejuruteraan pertahanan bertaraf dunia. Saab komited untuk membangun, membuat dan membekalkan penyelesaian inovatif, berteknologi canggih dan praktikal untuk memenuhi cabaran Pertahanan dan keselamatan Malaysia.

Saab pada ketika ini memasarkan ERIEYE AEW&C kepada Tentera Udara Diraja Malaysia, beberapa sistem yang berbeza untuk kedua-dua Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga Tentera Darat Malaysia. Prestasi radar ERIEYE akan memberikan Malaysia kawalan penuh bukan sahaja kepada ruang udara tentera dan awam tetapi juga semua aktiviti di laut, termasuk perikanan, pendatang tanpa izin, pencemaran, penyeludupan, kegiatan lanun dan juga perlindungan pemasangan minyak dan gas. 

Rakan strategik Saab di Malaysia untuk AEW&C adalah DRB-HICOM. Bersama, Saab akan mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi, bukan sahaja  dalam sesebuah projek tetapi juga  dalam keseluruhan kitaran kehidupan.

Saab mengikuti dengan sepenuhnya perkembangan program MRCA dan apabila didapati bahawa proses rasmi telah dimulakan semula, penilaian keadaan akan dilakukan; Saab percaya bahawa Gripen akan berada dalam kedudukan yang baik. Gripen adalah pesawat pejuang yang berkemampuan tinggi dengan keupayaan pelbagai fungsi sebenar dan kos efektif untuk beroperasi dalam jangka panjang, berbanding dengan pesaing yang menawarkan enjin berkembar yang lebih besar. Dalam satu kajian oleh IHS Jane baru-baru ini terhadap enam pesawat, berdasarkan penilaian dari sumber primer dan sekunder adalah disimpulkan bahawa kos anggaran sejam penerbangan (CPFH) pesawat Gripen adalah yang paling rendah iaitu US$4,700.

Reka bentuk terbuka Gripen membolehkan fleksibiliti muatan penuh dan pelbagai pilihan integrasi senjata. Saab sedang membangunkan pesawat generasi akan datang kerana ia baru sahaja menerima arahan pembangunan daripada kerajaan Sweden bagi generasi baru E Gripen.  

Semua Bidang Perniagaan Saab di Malaysia adalah aktif dalam menawarkan penyelesaian yang berteknologi tinggi dan produk seperti Gripen, Skeldar, Menara Jauh, C4I, EW (Sistem Perlindungan Sendiri), Pengurusan Tanda Jejak, Platform Penerbangan, Sistem Komunikasi, Sistem Pengawasan, Kawalan Kebakaran dan Sistem Radar.