Kejayaan pertama penerbangan gripen e

Syarikat Pertahanan dan Keselamatan Saab; hari ini telah menyaksikan kejayaan pertama penerbangan pesawat pejuang pintar generasi pertama, Gripen E. Pihak media telah dijemput untuk menyertai taklimat dalam talian lewat hari ini dan butiran seperti berikut

Pada 10:32 pagi; Khamis 15 Jun, penerbangan sulung Gripen E berlepas, diterbangkan oleh Juruterbang Penguji Pesawat Saab. Pesawat (Callsign 39-8) berlepas  dari lapangan terbang Saab di Linköping, Sweden dan terbang ke timur Östergötland selama 40 minit. Semasa penerbangan, pesawat melakukan beberapa pergerakakan bagi menunjukkan pelbagai kriteria ujian termasuk retracting dan extending of the landing gear.

 

"Penerbangan tersebut adalah seperti yang diharapkan, dengan prestasi pesawat yang sama pengalaman dalam simulasi kami. Prestasi pecutan amat mengagumkan dengan pengendalian yang lancar. ”Saya amat gembira kerana terpilih untuk pemanduan penerbangan sulung ini, "kata Marcus Wandt, Experimental Test Pilot, Saab.

 

"Hari ini kita telah menerbangkan pesawat pejuang bertaraf dunia buat pertama kali.   Kami berjaya melakukannya dengan perisian komputer pesawat yang layak sepenuhnya untuk sistem avionik revolusi. 

Ini adalah bagi memberikan  pelanggan-pelanggan kami sistem pesawat pejuang pintar masa depan yang dirancang dari awal. Jadual aktiviti ujian penerbangan diteruskan seperti biasa dan selari dengan program   penghantaran pada 2019 kepada pelanggan kami, Sweden dan Brazil." kata Jonas Hjelm, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Pengurusan Saab Aeronautics.

 

Jemputan untuk taklimat media dalam talian

 

Masa  : Khamis, 15 Jun 2017 di 16.00 CET

Penceramah : Jonas Hjelm, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Pengurusan Saab Aeronautik dan Marcus Wandt, Experimental Test Pilot, Saab.  

Taklimat media Online: Live Streamed di : https://saab-pressconference.creo.se atau boleh diakses melalui panggilan persidangan melalui telefon. Sila gunakan salah satu nombor berikut bergantung kepada kod negara mana anda pilih untuk dihubungi :

SE + 46 8 566 426 94

UK: +44 203 008 9819

Amerika Syarikat: +1 855 831 5948

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan via live-streamed online atau panggilan persidangan telefon.

Sila ambil perhatian bahawa tiada kakitangan yang hadir pada taklimat akhbar.

Taklimat media diadakan dalam bahasa Inggeris. Video taklimat akhbar boleh didapati melalui saabgroup.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Media Saab,

+46 (0) 734 180 018

presscentre@saabgroup.com

www.gripen.com

www.saabgroup.com

www.saabgroup.com/YouTube

Ikut kami di Twitter: @saab

Saab memasarkan pasaran global dengan produk, perkhidmatan yang terkemuka di dunia dan penyelesaian dalam pertahanan ketenteraan dan keselamatan awam. Saab beroperasi dan mempunyai kakitangan di semua benua di seluruh dunia. Melalui pemikiran inovatif, kerjasama dan pragmatik, Saab membangun, mengamalkan dan meningkatkan teknologi baru untuk memenuhi perubahan keperluan pelanggan.