Selamat datang ke Saab Malaysia

Saab membawa produk, perkhidmatan dan penyelesaian terkemuka dunia ke Malaysia yang terdiri daripada pertahanan ketenteraan sehingga kepada keselamatan awam. Malaysia dikenal pasti sebagai pasaran strategik yang penting bagi Saab. Oleh itu, Saab sedang menggiatkan usaha dan membuka pejabat di Kuala Lumpur pada tahun lepas. Ini adalah komitmen jangka panjang berdasarkan kepada penilaian Saab terhadap Malaysia dan keperluan pertahanan dan keselamatannya, di mana Saab berupaya untuk menawarkan penyelesaian dengan kos yang cekap dan terbukti.